بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Pantun Tipu Dek Syaitan

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Mata dah kabur rambut pun dan beruban dah
Disko dangdut dia pergi juga

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan
Dia budak baru belajar
Dapat anak tolong buangkan

Pisang emas di bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Tiket konsert RM 100 pun dia bayar
Ceramah agama free aje dia buat tak reti

Buai laju-laju
Sampai pucuk sena
Apa dalam baju
Dadah dan marijuana

Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Bertepuk ramai-ramai
Siang malam minum samsu

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Sorong tangan tarik tangan
Terima rasuah orang tak tahu

Sabda Nabi s.a.w"Barangsiapa memulai perbuatan buruk, maka ia memikul dosa perbuatannya dan dosa orang yang mengikut pekerjaannya (mencontohinya) sampai datang hari kiamat".

12 barisan di Akhirat...

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surahan-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka nuh dengan ular dan kala jengking."Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka."Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah."Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas."Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh."Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta."Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran."Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam

Ingatlah ALLAH

La tansa zikrallah..

sungguh indah pintu dipahat
burung puyuh diatas dahan
kalau hidup hendak selamat
taat selalu perintah tuhan

halia ini tanam tanaman
kebarat juga akan rebahnya
dunia ini pinjam-pinjaman
keakhirat juga akan sudahnya

redup bulan nampak nak hujan
pasang pelita sampai berjelaga
hidup mati ditangan tuhan
tiada siapa dapat menduga

belatuk duduk diatas dahan
terbang pergi ke dalam hutan
hidup mati ditangan tuhan
kepada Allah kita pohonkan

daun tetap diatas dulang
anak udang mati dituba
dalam kitab ada terlarang
perbuatan haram jangan dicuba

terang bulan terang bercahaya
cahaya memancar ke tanjung jati
jikalau hendak hidup bahagia
beramal ibadat sebelum mati

asam kandis asam gelugur
ketiga asam si riang-riang
menangis mayat dipintu kubur
teringat jasad tidak sembahyang

kulit lebu celup samak
mari buat telapak kasut
harta dunia janganlah tamak
kalau mati tidaklah diikut

banyaklah masa diantara masa
tidak seelok masa bersuka
meninggalkan sembahyang jadi biasa
tidak takut api neraka?

dua tiga empat lima
enam tujuh lapan sembilan
kita hidup takkan lama
jangan lupa siapkan bekalan.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanam itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Tanda-tanda Kehadiran Lailatul Qadar

Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka,
sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27
jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan.
Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23
jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21.

Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abdul Hasan r.a.
Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''.

Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.

Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.

keliru

Apakah beza masjid dengan surau???

apakah peranannya sama saje???

mutiara hati



tentang waktu....

ambillah waktu untuk berfikir,ia adalah sumber kekuatan....
ambillah waktu untuk bermain,itu adalah rahsia masa muda yang abadi..
ambillah waktu untuk berdoa,ia adalah sumber ketenangan...
ambillah waktu untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksaaan...
ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewa yang diberi Tuhan...
ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah jalan menuju kebahagiaan..
ambillah waktu untuk tertawa,itu adalah muzik yang menggetarkan hati...
ambillah waktu untuk memberi,itu membuat hidup terasa bererti..
ambillah waktu untuk bekerja,itu adalah nilai keberhasilan...
ambillah waktu untuk beramal,itu adalah kunci menuju ke syurga...


......

harta yang paling menguntungkan adalah SABAR,
teman yang paling akrab adalah AMAL,
pengawal peribadi yang paling waspada ialah DIAM,
bahasa yang paling manis adalah SENYUM,
dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

......

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari
(Saidina Ali
.......



kalau ingin tempat mencurah kasihcukuplah ALLAH sebagai kekasih,
kalau ingin tempat bermanja cukuplah ALQURAN sebagai teman,
kalau ingin pengajarancukuplah MAUT sebagai peringatan


.......


‘‘kita memiliki cukup kekuatan untuk mengatasi segala permasalahan dalam hidup ini walau seberat dan serumit apa pun...kerana masalah tidak pernah dibiarkan melebihi kekuatan kita’’
......

Jangan membangga Diri


Hadith :
Rasulullah saw Bersabda bermaksud:


“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”.

Riwayat Muslim
.......


"MUSLIM yang BAIK {SEJATI} ITU IALAH MUSLIMyang DAPAT MENYUSUN JIWA{rasa HATI} ,MENYUSUN FIKIRAN DAN MENYUSUNFIZIKALNYA

.......


Pesan Imam AL-GHAZALI,


yang dekat itu MATI,
yang jauh itu MASA,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang indah itu SOLAT,
yang tajam itu LIDAH

......


Kata-kata Hikmah Imam Al-Ghazali


1. Ketahuilah bahawa Allah selalu mengawasi segala gerak geri dan tingkah lakumu. Kerana itu kerjalah baik-baik


2. Janganlah keberatan menjawab:"aku kurang mengerti" jika memang belum mampu menjawab masalah

3. Terima alasan yang benar sekalipun daripda pihak lawan

4. Bersikapla sopan santun, ramah-tamah dan merendah diri terhadap orang tuamu

5. Ada empat hal yang menguatkan badan iaitu:
* memakan daging
* mencium bau-bauan
* memperbanyakkan mandi, bukan mandi junub
* memakai kain cotton

6. Tidur itu ada empat cara iaitu:
* tidur diatas Kuduk iaitu tidur para nabi a.s di mana mereka itu bertafakur tentang kejadian langit dan bumi.
* tidur di atas lambung kanan iaitu tidur para ulama dan ahli ibadah
* tidur di atas lambung kiri iaitu tidu para raja, unutk menghancurkan makan yang telah dimakan
* tidur menelengkup iaitu tidur syaitan

7. Ada empat hal yang dapat menambah kecerdasan akal:
* meninggalkan perkataan yang tidak perlu
* bersuci
* bergaul dengan orang soleh
* bergaul dengan para ulama

8. Sesungguhnya memandang wajah ulama atau orang soleh itu termasuk dalam ibadah.

......

Sesungguhnya hati yang dikasihi ALLAH adalah hati yang lembut, bersih, dan cekal....
Cekal dalam beragama,
Bersih dalam keyakinan,
Lembut terhadap saudaranya....


Saidina Ali
.......
Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi,
Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran,
Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit,
Melencong Seinci Rugi Seribu Batu

......

Antara 9 Mimpi Rasulullah S.A.W

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata:

Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh ketaatan dan kepatuhannya kepada kedua ibubapanya.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat wuduknya yang sempurna.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat zikirnya yang tulus ikhlas kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi solatnya yang khusuk dan tidak menunjuk-nunjuk telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala puasanya yang ikhlas kepada Allah SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku
cubauntuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah mandi junub dengan rukun yang sempurnanya sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala haji dan umrahnya yang ikhlas kepada Allah SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah sifat silaturrahimnya dantidak suka bermusuh-musuhan sesama umatku lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala sedekahnya yang ikhlas kerana Allah SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Cukuplah wahai nafsu.............

Di sebalik hijab malu;
Dia teresak dalam sendu,
Di sebalik hijab malu;
Dia berperang,menawan gelodak nafsu…

Neraca nafsu: Penat sungguh menjaga hati..
Neraca iman : Allah telah berjanji, pasti ada ganjarannya..

Neraca nafsu: Sabarkah kau mengimbangi dunia dan akhirat sepanjang hayatmu?yang mungkin berpuluh-puluh tahun lagi..
Neraca iman : Justeru, jaminkan aku, aku akan hidup esok hari..ataupun sekejap lagi..

Neraca nafsu: Aku tak mampu.. Bukankah itu ketentuan Ilahi? tapi, bukankah telah lama kau peliharanya, andai kau abaikannya sebentar, mungkin tak memberikan kesan pada amal-amalmu yang terdahulu.. dah banyak!
Neraca iman : Justeru, jaminkan aku, dgn amalku itu.. sudah cukup membuat aku menghirup harum JannahNya..

Neraca nafsu: Itu juga ketentuan Ilahi, hanya Dia yg layak memberi jaminan
Neraca iman : Justeru, marilah bersamaku..terusan mengejar Cinta Dia..

Neraca nafsu: Cinta Dia.. ya, perlu itu. Tapi, kutahu..nalurimu juga mahukan cinta dunia..bukan? ku pasti, kau juga tahu, betapa indahnya cinta dunia?
Neraca iman : Wahai nafsu.. tenang-tenanglah dikau..kan kucurahkanmu dengan Kasih dan Cinta Tuhan..hentikan bicaramu wahai nafsu..

Neraca nafsu: Cukupkah keinginanmu dengan hanya Cinta Tuhan?
Neraca iman : Memang benar seperti apa yang dikhabarkan, kau takkan pernah diam memujuk rayu… huhu~ jika kudihalalkan dengan cinta dunia sekalipun, Cinta Tuhan masih yang pertama. Cinta itu perlu mekar sampai bila-bila, wahai nafsu… Tak rasa bersalahkah dikau, tak mencintai Dia yang telah sekian lama menyintaimu? Yang tak putus-putus menyintaimu? Nafsu, sudahlah… Dia pasti rindu pada esak tangismu, rengekan manjamu, pujuk rayumu padaNya.. Dia pasti rindu dan cemburu, andai kau punya cinta yang lebih dari cintamu padaNya.. Jangan pernah kau abaikan Dia.. selangkah kau mendekatinya, seribu langkah Dia akan mendekatimu.. aku rindukan BelaianNya.. jgn kau rayu-rayu aku lagi, wahai nafsu…cukuplah..

Neraca nafsu: ……….. baiklah..bisikkan padaku perihal Cinta Tuhan..
Neraca iman : Katakanlah (Muhammad),” jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu” Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah (Muhammad),”taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir. (Ali Imran:31-32)




Neraca iman : Itu janjiNya, aku perlu ikut apa yg Rasulullah ajarkan, dan apa yg Allah khabarkan.. jgn kau teruskan pujuk rayumu.. kerana aku ingin sahut CintaNya..

Neraca nafsu: Baiklah..Kali ini kau menang.. Fitrahku memang memujuk rayu untuk menyimpangkanmu.. Moga cintamu pada Tuhan kan selamanya menjinakkanku. Aku kan datang lagi memujuk rayu..
Neraca iman : Moga aku terus diberi kekuatan… Wahai Allah..hambamu masih tercari-cari manisnya bercinta denganMu, jangan Kau izinkan lagi aku kalah dengan pujuk rayu nafsu.. Moga Allah beri kekuatan..dengan kekuatan CintaNya..Amin..

7 kelebihan bersabar

Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud:

“…dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan mejadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang Allah berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas manfaatnya daripada kesabaran.”

Riwayat Bukhari & Muslim

Pengajaran:

1. Sabar adalah sifat mulia (mahmudah) yang mesti dimiliki oleh setiap umat islam

2. Untuk memiliki sifat sabar, perlulah mempunyai latihan yang berterusan.

3. Orang yang berusaha melatoh dirinya bersabar dan terus bersabar adalah orang yang dikasihi serta dekat dengan Allah SWT. Allah memandangnya dengan pandangan rahmat.

4. Orang yang bayak bersabar dalam membentuk dirinya untuk menjadi seorang penyabar (as-sobirrun), tidak akan disia-siakan Allah. Akhirnya, ia akan ditulis di sisi Allah sebagai hamba yang penyabar.

5. Apabila seseorang memiliki sifat sabar, maka ia telah memiliki kebaikan dan keuntungan yang banyak.

6. Apabila seseorang dianugerahkan sifat sabar, maka ketahuilah bahawa Allah Taala mehu memberikan kepadanya manfaat yang besar lagi luas, berpanjangan dari dunia sampai ke akhirat.

7. Antara keutamaan sifat sabar ialah:
  • >> Masuk syurga tanpa hisab (perhitungan)
  • >> Diampunkan dosa-dosa yang lalu
  • >> Memiliki iman sejati