بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

HatI & PersoNaliTi

“Muka baik,tapi hati na`uzubillah..” Itulah perkataan yang saya dengar sewaktu bersama seorangsahabat ketika terserempak dengan seorang hamba Allah suatu masa dahulu.

Tapi, hari ni sambil baring-baring atas katil, tiba-tiba teringat ungkapan sahabat baik saya ini dan membuatkan saya terfikir “Kenapa la hati makhluk Allah yang digelar manusia ni kadang-kadang baik, dan kekadang kurang baik”. Kalau nak dikatakan berubah dek perubahan zaman, rasanya memang dari dulu lagi masalah hati ni dah kena sebut. Kalau tak, masakan peribahasa melayu yang diwarisi sejak datuk moyang kita dulu banyak yang menyentuh tentang hati. Sudah tentulah peribahasa seperti “Sakit hati, makan hati, kecil hati, ikut kata hati mati, ikut rasa binasa, dan lain-lain lagi bermula dari perbuatan zahir, baru terjulur dari lidah. Dan kalau nak ambil contoh yang lebih jauh lagi, masalah hati ni memang dah wujud sejak lebih 1400 tahun yang lalu waktu zaman Rasulullah lagi, bahkan sebelum itu lagi. Memetik sebuah hadis yang masyhur daripada kitab imam nawawi;


“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.’


Hati sememangnya memainkan peranan yang penting dalam memacu sakhsiah dan personaliti seorang muslim. Cermin hati bagi muslim itu sendiri adalah peribadi. Mungkin ada yang berkata “Akhlak dan peribadi yang tak baik tak semestinya hati tak baik”. Mungkin betul, tapi adakah mungkin sakhsiah dan peribadi mukmin yang kurang elok, punyai hati yang benar-benar tulus ataupun itu adalah salah satu lagi daripada sandiwara dan umpan-umpan golongan kuffar untuk menyesatkan pemikiran anak muda muslim yang kian hanyut ditelan ombak jahiliyyah? Fikir-fikirkan..
Sekadar perkongsian, sebuah kajian dalam bidang psychology telah mengelaskan peribadi seseorang yang berpotensi untuk mendapat masalah personaliti kepada beberapa jenis:


1- Personaliti Obsesive
-Seorang yang teratur, bersih, idealistic, berpendirian teguh, seseorang yang mencari kesempurnaan, tidak sukakan perubahan,dan amat teliti.

2-Personaliti Hysterical
-Mempunyai emosi kurang matang, mudah dipengaruhi, pentingkan diri sendiri, pandai berlakon, suka mendapat perhatian…(seperti pelakon)..

3-Personaliti Cyclothymic
-Seorang yang mesra, baik hati, peramah, pandai bergaul, tapi, tiba-tiba boleh bertukar menjadi sedih dan hilang minat serta tidak gembira dengan aktiviti yang berlebihan.

4-Personaliti Schizoid
-Seorang yang suka bersendirian,pemalu, sangat sensitive,sukakan ketenangan, suka berangan, tidak menunjukkan perasaan sebenar kepada orang lain, tidak dapat menerima kekecewaan, dan seorang yang idealism

5-Personaliti Paranoid
-Seorang yang sangat berhati /berjaga-jaga, sensitive, merasakan diri sangat penting untuk memberikan idea-idea hebat dan menjadi rujukan, selalu tersalah anggapdan tersalah tafsir kata-kata dan perilaku orang di sekelilingnya adalah berkenaan dengannya.Selalunya, menjadi ketua, bercita-cita tinggi dan pemarah..

6- Personaliti Ketidak stabilan Emosi
- Seorang yang susah menerima kritikan, mudah marah, terpedaya walaupun dengan sedikit hasutan, bertambah emosi apabila dalam keadaan tertekan(emotional), dan desakan..
Adakah wujud dalam diri kita personaliti kita dalam kajian tersebut? Mungkin ada mungkin tiada. Tanya diri dan koreksi minda kerana hanya diri mengetahui sifat di hati. Tetapi, itulah indahnya ciptaan Rabb, yang telah menciptakan manusia itu secara berbagai-bagai dan berjenis-jenis supaya kita berkenal-kenalan antara satu sama lain. Walaupun berbeza paras rupa, Allah tidak memberikan double standard kepada hambaNya, malah lebih mementingkan apa yang ada di dalam diri mukmin itu sendiri seperti sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu tetapi Dia hanya memandang kepada hati sanubari kamu.”

Dimana tahap kita? Dimana personaliti kita? Dimana iman kita? Muhasabahkan diri..
D`luffy…

No comments: