بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

HatI & PersoNaliTi

“Muka baik,tapi hati na`uzubillah..” Itulah perkataan yang saya dengar sewaktu bersama seorangsahabat ketika terserempak dengan seorang hamba Allah suatu masa dahulu.

Tapi, hari ni sambil baring-baring atas katil, tiba-tiba teringat ungkapan sahabat baik saya ini dan membuatkan saya terfikir “Kenapa la hati makhluk Allah yang digelar manusia ni kadang-kadang baik, dan kekadang kurang baik”. Kalau nak dikatakan berubah dek perubahan zaman, rasanya memang dari dulu lagi masalah hati ni dah kena sebut. Kalau tak, masakan peribahasa melayu yang diwarisi sejak datuk moyang kita dulu banyak yang menyentuh tentang hati. Sudah tentulah peribahasa seperti “Sakit hati, makan hati, kecil hati, ikut kata hati mati, ikut rasa binasa, dan lain-lain lagi bermula dari perbuatan zahir, baru terjulur dari lidah. Dan kalau nak ambil contoh yang lebih jauh lagi, masalah hati ni memang dah wujud sejak lebih 1400 tahun yang lalu waktu zaman Rasulullah lagi, bahkan sebelum itu lagi. Memetik sebuah hadis yang masyhur daripada kitab imam nawawi;


“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.’


Hati sememangnya memainkan peranan yang penting dalam memacu sakhsiah dan personaliti seorang muslim. Cermin hati bagi muslim itu sendiri adalah peribadi. Mungkin ada yang berkata “Akhlak dan peribadi yang tak baik tak semestinya hati tak baik”. Mungkin betul, tapi adakah mungkin sakhsiah dan peribadi mukmin yang kurang elok, punyai hati yang benar-benar tulus ataupun itu adalah salah satu lagi daripada sandiwara dan umpan-umpan golongan kuffar untuk menyesatkan pemikiran anak muda muslim yang kian hanyut ditelan ombak jahiliyyah? Fikir-fikirkan..
Sekadar perkongsian, sebuah kajian dalam bidang psychology telah mengelaskan peribadi seseorang yang berpotensi untuk mendapat masalah personaliti kepada beberapa jenis:


1- Personaliti Obsesive
-Seorang yang teratur, bersih, idealistic, berpendirian teguh, seseorang yang mencari kesempurnaan, tidak sukakan perubahan,dan amat teliti.

2-Personaliti Hysterical
-Mempunyai emosi kurang matang, mudah dipengaruhi, pentingkan diri sendiri, pandai berlakon, suka mendapat perhatian…(seperti pelakon)..

3-Personaliti Cyclothymic
-Seorang yang mesra, baik hati, peramah, pandai bergaul, tapi, tiba-tiba boleh bertukar menjadi sedih dan hilang minat serta tidak gembira dengan aktiviti yang berlebihan.

4-Personaliti Schizoid
-Seorang yang suka bersendirian,pemalu, sangat sensitive,sukakan ketenangan, suka berangan, tidak menunjukkan perasaan sebenar kepada orang lain, tidak dapat menerima kekecewaan, dan seorang yang idealism

5-Personaliti Paranoid
-Seorang yang sangat berhati /berjaga-jaga, sensitive, merasakan diri sangat penting untuk memberikan idea-idea hebat dan menjadi rujukan, selalu tersalah anggapdan tersalah tafsir kata-kata dan perilaku orang di sekelilingnya adalah berkenaan dengannya.Selalunya, menjadi ketua, bercita-cita tinggi dan pemarah..

6- Personaliti Ketidak stabilan Emosi
- Seorang yang susah menerima kritikan, mudah marah, terpedaya walaupun dengan sedikit hasutan, bertambah emosi apabila dalam keadaan tertekan(emotional), dan desakan..
Adakah wujud dalam diri kita personaliti kita dalam kajian tersebut? Mungkin ada mungkin tiada. Tanya diri dan koreksi minda kerana hanya diri mengetahui sifat di hati. Tetapi, itulah indahnya ciptaan Rabb, yang telah menciptakan manusia itu secara berbagai-bagai dan berjenis-jenis supaya kita berkenal-kenalan antara satu sama lain. Walaupun berbeza paras rupa, Allah tidak memberikan double standard kepada hambaNya, malah lebih mementingkan apa yang ada di dalam diri mukmin itu sendiri seperti sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu tetapi Dia hanya memandang kepada hati sanubari kamu.”

Dimana tahap kita? Dimana personaliti kita? Dimana iman kita? Muhasabahkan diri..
D`luffy…
Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?" Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat." Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

  1. Asap Dajjal Binatang melata di bumi
  2. Terbitnya matahari sebelah barat
  3. Turunnya Nabi Isa A.S
  4. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
  5. Gerhana di timur Gerhana di barat
  6. Gerhana di jazirah Arab
  7. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
  8. Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'. Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
  9. Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.
  10. Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
  11. Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."
Bismillah lah Rahman lah Rahim

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuhu wamaghfiratuhu waridhwanuhu.

Bismillah..Khassun ila hadhrathi akhowat fillah,Asalukum billah...

1) Jadikanlah ghadul bashar (menundukkan pandangan) sebagai celak bagi kedua belah alis mata kalian. InsyaALLAH, pandangan visual kalian akan menjadi makin jernih dan bening.

2) Oleskanlah lipstik kejujuran dan kebenaran (al haq) pada ulasan bibir delima kalian. InsyaALLAH, ukiran senyuman kalian akan bertambah manis dan dihargai ramai.

3) Bedakkanlah raut wajah kalian dengan kosmetik yang berasaskan malu dan keadaban. InsyaALLAH, kesederhanaan lahiriah yang kalian biaskan itu akan menyejukkan mata yang memandang.

4) Lumurkanlah sabun istighfar ke sepelusuk anggota badan kalian. InsyaALLAH, ia bisa mengikis daki kotoran dosa dan kesalahan yang telah kalian lakukan.

5) Rawatkanlah rambut kalian dengan hijab ISLAMI. InsyaALLAH, ia akan menyelimuti azaraul jasad sang hawa daripada menjadi mangsa kerakusan insan yang terlepas daripada tambatan keimanannya.

6) Sarungkanlah kedua-dua belah tangan kalian dengan gelang sedekah dan jari-jemari kalian dengan cincin ukhwah Islamiyyah. InsyaALLAH, kelak kalian akan temui warga Sholihin yang nilaiannya melangkaui segunung emas permata.

7) Alunkanlah kemerduan dan kesyahduan suara kalian dengan tilawatul Qur’an dan zikrullah. InsyaALLAH, berkat kekhusyu’kan dan penghayatan, hulwatul Iman akan dikecapi ruh kalian sebagaimana lidah merasakan kemanisan makanan.

8) Luruskanlah postur tubuh badan kalian dengan ketulusan dalam menunaikan solat dan peng‘ibadatan kepada Yang ESA. InsyaALLAH, takkan DIA persia-siakan keikhtilasan atau keikhlasan atau keistiqomahan kalian dalam mencari keredhoan-NYA.Wa akhiran..

9) Hembuskanlah nafas ta’abud wa taqarrub ila ALLAH S.W.T. ke dalam ruh dan sanubari kalian. InsyaALLAH, selama itu takkan kalian rasai ketandusan kasih sayang mahupun kegelisahan dalam kehidupan.

Wallahu’alam bishowab.

Demikianlah...perkisaran kecantikan tanpa biaya..yang dapat ana tintakan ikhlas lillah.

Segala yang bermanfa’at itu adalah satu fitrah yang dikaruniakan ILAHI atas hamba-NYA, manakala yang berpalit kesilapsalahan itu adalah satu ujian dan peringatan awal dari Al Khaliq ke atas anak Adam, sebelum dirinya menyembah bumi untuk segera sedari dan perbaiki diri.

Asifli ‘ala kulli hal.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Jaga Lidah...

Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan? Nak dengar satu cerita tak??

Rasululllah s.a.w bersabda:
"sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua.Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah dari lidah api neraka jahannam".

Sabda Rasulullah s.a.w lagi:
"tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita".

Pabila ditanya apa hikmahnya, Baginda s.a.w menjawab: " sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata. " Salah seorang sahabat pun bertanya, "Kenapa ikan tidak mempunyai lidah?" Sabda Rasulullah s.a.w: " Setelah Allah selesai main ciptakan Adam a.s. maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya.Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis itu ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan. Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan, katanya, "sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan". Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.

Oleh itu, marilah kita "jaga" lidah kita supaya tidak hilang seperti lidah ikan. Berkatalah yang baik, kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah lagi-lagi dalam bulan puasa ni...banyak benda kita kena jaga bukan setakat lidah saja...tapi kata-kata tu lebih tajam dr pedang...boleh membuat org terluka..erkss...yerla..kalau dah bcakap yang tak sepatut nya...