بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Asas kepada khusyu' ialah kebersihan hati

Biasa nya hati kita mempunyai kotor dengan terlalu cinta pd dunia yg kuat.Sehingga tatkala kita solat segala urusan dunia akan dibwk masuk @ di ingati dlm kita solat. Bagi seorg Pelajar biasanya fikiran ttg assigment akan terbawa2 ketika solat dan seorg perkerja biasa nya ketika solat terbawa2 fikir mengenai kerja di dlm solat.
Dan kita biasa solat secara adat . (Solat yg tiada Roh)Dan Hal ini boleh di ibarat kan seperti cita-cita duniawi dan cita-cita ukhrawi yang terdapat di dalam hati boleh diumpamakan seperti satu gelas yang dipenuhi air dan cuka. Seberapa banyak air yang dapat dimasukkan ke dalam gelas itu akan mengeluarkan jumlah yang sama daripada cuka. Kedua-duanya tidak boleh berkumpul menjadi satu.


Ada pandangan yang agak merangkumi saya tentang khusyuk ialah pandangan sahabat yang bernama Abu Darda’. Beliau berkata, “(Khusyuk) ialah pengagungan terhadap Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan kanan kerana ia adalah dari syaitan.”


Dan menurut Imam Al-Ghazali dalam Kitab Ihya Ulumuddin, “Kehadiran hati, pemahaman, pengagungan, merasai kehebatan, harap dan malu.” Kehadiran hati bermaksud, hati tidak menerawang memikirkan perkara yang lain daripada solat. Pemahaman bermaksud, memahami segala perkataan yang dilafazkan di dalam solat. Pengagungan dan merasai kehebatan bermaksud, berasa takut terhadap Allah hasil daripada kefahaman berhubung keagungan dan kebesaran Ilahi. Harap bermaksud, mengharapkan pahala daripada Allah kerana Dialah saja tempat pergantungan bagi manusia. Malu bermaksud, berasa malu dengan ibadah yang telah dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan padanya.


Dalam kitab Ihya Ulumuddin dalam bab Rahsia Solat Dan Kepentingannya, Imam Al-Ghazali berkata, “Pengaruh luar merupakan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada pendengaran dan penglihatan sekali gus mengganggu kekhusyukan seseorang. Selain dari kita usahakan perkara di atas, kita juga usahakan memperbanyak kan Solat2 sunat terutama Solat sunah didlm hari . Insyallah dia akan membantu hari utk bersih dan memberi kita hakikat solat.

No comments: