بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Kata-kata Syed Qutb

Ketika membaca Hazad Ad-Deen karangan Sayyid Qutb, tersentak seketika bila membaca kata-katanya....

"Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu. Jikalau sememangnya saya layak dipenjara, saya reda menerimanya. Tetapi jikalau saya dipenjara dengan zalim, saya sama sekali tidak akan tunduk memohon belas kasihan daripada orang vang zalim...

" Sebelum beliau syahid, ini adalah pesanan beliau

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku dan kau siram pusaraku dengan air matamu maka diatas tulangku yang hancur luluh nyalakanlah obor buat umat mulia ini dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalann mendapatkan KEKASIH yang sedang merindu taman-taman di syurga TUHAN-ku bangga menerimaku burung-burungnya berkicau riang menyambutku bahagialah hidupku dialam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur dan alam ini akan disinar fajar lagi biarlah rohku terbang mendapatkan rindu-NYA janganlah gentar berkelana di alam abadi nun di sana fajar sedang memancar


*pesanan akhir ini di tulis beliau beberapa ketika sebelum beliau menemui syahid pada hari Isnin 13 Jamadil Awal 1386 bersamaan 29 Ogos 1966

Gambar Sayyid Qutb

Hebat sungguh perjuangan ikhwan.... sedih melihat diri ini... baru terkena sedikit tomahan dan cacian, terasa down. Bangkitlah...perjalanan mu masih panjang, tanggungjawab mu masih banyak. Musuh mu gembira melihat dirimu jatuh, tapi Allah sentiasa ada di belakang mu..Bangkitlah...bangkitlah... Majulah...

No comments: