بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Asas kepada khusyu' ialah kebersihan hati

Biasa nya hati kita mempunyai kotor dengan terlalu cinta pd dunia yg kuat.Sehingga tatkala kita solat segala urusan dunia akan dibwk masuk @ di ingati dlm kita solat. Bagi seorg Pelajar biasanya fikiran ttg assigment akan terbawa2 ketika solat dan seorg perkerja biasa nya ketika solat terbawa2 fikir mengenai kerja di dlm solat.
Dan kita biasa solat secara adat . (Solat yg tiada Roh)Dan Hal ini boleh di ibarat kan seperti cita-cita duniawi dan cita-cita ukhrawi yang terdapat di dalam hati boleh diumpamakan seperti satu gelas yang dipenuhi air dan cuka. Seberapa banyak air yang dapat dimasukkan ke dalam gelas itu akan mengeluarkan jumlah yang sama daripada cuka. Kedua-duanya tidak boleh berkumpul menjadi satu.


Ada pandangan yang agak merangkumi saya tentang khusyuk ialah pandangan sahabat yang bernama Abu Darda’. Beliau berkata, “(Khusyuk) ialah pengagungan terhadap Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan kanan kerana ia adalah dari syaitan.”


Dan menurut Imam Al-Ghazali dalam Kitab Ihya Ulumuddin, “Kehadiran hati, pemahaman, pengagungan, merasai kehebatan, harap dan malu.” Kehadiran hati bermaksud, hati tidak menerawang memikirkan perkara yang lain daripada solat. Pemahaman bermaksud, memahami segala perkataan yang dilafazkan di dalam solat. Pengagungan dan merasai kehebatan bermaksud, berasa takut terhadap Allah hasil daripada kefahaman berhubung keagungan dan kebesaran Ilahi. Harap bermaksud, mengharapkan pahala daripada Allah kerana Dialah saja tempat pergantungan bagi manusia. Malu bermaksud, berasa malu dengan ibadah yang telah dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan padanya.


Dalam kitab Ihya Ulumuddin dalam bab Rahsia Solat Dan Kepentingannya, Imam Al-Ghazali berkata, “Pengaruh luar merupakan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada pendengaran dan penglihatan sekali gus mengganggu kekhusyukan seseorang. Selain dari kita usahakan perkara di atas, kita juga usahakan memperbanyak kan Solat2 sunat terutama Solat sunah didlm hari . Insyallah dia akan membantu hari utk bersih dan memberi kita hakikat solat.

Sedari

BILA ENGKAU MEMANDANG,
SEGALANYA DARI ALLAH,
YANG MENCIPTAKAN SEGALANYA,
YANG MENIMPAKAN UJIAN,
YANG MENYEBABKAN SAKITNYA HATIMU,
YANG MEMBUATKAN KEINGINAN DAN KEMAHUAN,
YANG MEMANDANG RASA KASIH DAN SAYANG,
YANG MENJEMPUT KERINDUAN,
YANG MELAHIRKAN RASA SEBAK DAN PILU,
TERHALANG SERTA MENYUSAHKAN,
PASTINYA,
AKAN DAMAILAH HATIMU,
KERANA.....MASAKAN ALLAH,
SENGAJA MENTADBIRKAN SEGALANYA,
UNTUK SESUATU YANG SIA-SIA,
BUKAN ALLAH TIDAK TAHU,
DERITANYA HIDUPMU,
SAKITNYA HATIMU,
PARAHNYA KALBUMU,
TAPI MUNGKIN ITULAH YANG DIA MAHU,
KERANA DIA TAHU,HATI YANG SEBEGINI,
BIASANYA LEBIH LUNAK DAN MUDAH,
UNTUK DEKAT DAN AKRAB PADANYA

Pantun Malas Sembahyang

untuk mereka yg malas sembahyang

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
berdiri tanpa roh malam siang....

Apasal la aku malas sembahyang,
kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nakmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukan panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balung sorang-sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!!

Kata-kata Syed Qutb

Ketika membaca Hazad Ad-Deen karangan Sayyid Qutb, tersentak seketika bila membaca kata-katanya....

"Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu. Jikalau sememangnya saya layak dipenjara, saya reda menerimanya. Tetapi jikalau saya dipenjara dengan zalim, saya sama sekali tidak akan tunduk memohon belas kasihan daripada orang vang zalim...

" Sebelum beliau syahid, ini adalah pesanan beliau

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku dan kau siram pusaraku dengan air matamu maka diatas tulangku yang hancur luluh nyalakanlah obor buat umat mulia ini dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalann mendapatkan KEKASIH yang sedang merindu taman-taman di syurga TUHAN-ku bangga menerimaku burung-burungnya berkicau riang menyambutku bahagialah hidupku dialam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur dan alam ini akan disinar fajar lagi biarlah rohku terbang mendapatkan rindu-NYA janganlah gentar berkelana di alam abadi nun di sana fajar sedang memancar


*pesanan akhir ini di tulis beliau beberapa ketika sebelum beliau menemui syahid pada hari Isnin 13 Jamadil Awal 1386 bersamaan 29 Ogos 1966

Gambar Sayyid Qutb

Hebat sungguh perjuangan ikhwan.... sedih melihat diri ini... baru terkena sedikit tomahan dan cacian, terasa down. Bangkitlah...perjalanan mu masih panjang, tanggungjawab mu masih banyak. Musuh mu gembira melihat dirimu jatuh, tapi Allah sentiasa ada di belakang mu..Bangkitlah...bangkitlah... Majulah...

lelaki yg diidamkan

Lelaki idaman…Seorang lelaki yang aku idamkanIalah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…Biarlah dia seorang yang butaButa, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan laghaKerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabiAsalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan AllahAsalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananyaBiarlah dia seorang bisuBisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimananBisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiranBisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuranAsalkan bibirnya sentiasa basah mengingat TuhanAsalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-QuranAsalkan dia petah membangkang kemungkaranDan lantang menyuarakan kebenaranLelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhilBakhil, Bakhil dalam memberi senyumanPada wanita yang bukan mahramnyaBakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinyaBakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnyaTetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada KhaliqnyaDia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnyaPemurah dalam memberi nasihat dan teguranSehingga dia sanggup menggadaikan hartanyaBahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAHKembali megah di muka bumiLelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papaPapa, Papa dalam melakukan perkara maksiatPapa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaatPapa memiliki akhlak mazmumahTapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuanDia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang muliaDia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannyaDan dia seorang yang kaya dalam membina jati diriDia mahu menjadi seorang syuhadaYang syahid di jalan Maha EsaPersoalannya...Masih adakah lelaki idaman itu??~"Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, redha ketetapan Ilahi"

lelaki acuan al-quran


Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang BerimanYang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada AllahSWTYang Sentiasa Haus Dengan IlmuYang Sentiasa Dahaga Dengan PahalaYang Solatnya Adalah Maruah DirinyaYang Tidak Pernah Takut Berkata BenarYang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu
Lelaki Acuan Al-QuranIalah Lelaki Yang Menjaga TuturkatanyaYang Tidak Bermegah Dengan Ilmu YangDimilikinyaYang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia YangDicarinyaYang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana SifatnyaYang PelindungYang Mempunyai Ramai KawanDan Tidak Mempunyai Musuh Yang BersifatJembalang
Lelaki Acuan Al-QuranIalah Lelaki Yang Menghormati IbubapanyaYang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang TuaDan KeluargaYang Bakal Menjaga Keharmonian RumahtanggaYang Akan Mendidik Anak-Anak Dan IsteriMendalami Agama IslamYang Mengamalkan Hidup Penuh KesederhanaanKerana Dunia Baginya Adalah Rumah SementaraMenunggu Akhirat
Lelaki Acuan Al-QuranSentiasa Bersedia Untuk AgamanyaYang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran DanMencontohi Sifat Rasulullah SAWYang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicaraYang Sujudnya Penuh Kesyukuran DenganRahmat Allah Ke Atasnya
Lelaki Acuan Al-QuranTidak Pernah Membazirkan MasaYang Matanya Kepenatan Kerana Kuat MembacaYang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji DanBerzikirYang Tidurnya Lena Dengan Cahaya KeimananYang Bangun Subuhnya Penuh Dengan